Aizat & Ana
Life, Malay Blog November 23rd, 2008
“Faheem, saya ada satu rahsia … jangan bagitahu orang lain tau,” luah Aizat tiba-tiba.
Hairan lihat kerenah sahabat saya nih … apa hajat tiba-tiba nak beritahu rahsia. Waktu malam dah lewat. Tapi mukanya memang berseri … mata bersinar-sinar (kalah mata dalam cerita anime … hehe).
Saya mengangguk ingin tahu lalu menjawab: “OK Aizat … apa rahsianya?”
“Hurm … saya ada minat kat sorang perempuan nih … Faheem kenal kot … nama dia Ana,” kata Aizat.
Ana? Hati saya berbisik. Macam pernah dengar nama tu … tapi, di mana ya? Hehe … tapi malam tu tak dapat nak recall. Al-maklumlah, memang jenis payah nak ingat nama orang, tambah pulak kalau perempuan.
“Erm … Ana? Apa nama penuh dia?”
“Dia sekelas dengan Faheem … nama dia Farhaana bt Mohd Fadzil.” Wah .. hafal dah namanya!
“Erm …” (serius … tak boleh nak recall)
“…. mungkin kalau saya tengok rupa kenal kot. Apa yang Aizat suka pasal dia?”
Tersenyum Aizat. Nampaknya sahabatku nih dah dilamun cinta … sungguh … tak pernah lihat rupanya begini!
“Suka tengok muka dia … selalu senyum … suka dengar dia ketawa …”
Hehe .. itu cerita lama. Kini, mereka telah pun selamat diijab kabulkan. Tahniah buat Aizat dan Ana. Doa saya dan isteri mudah-mudahan kalian beroleh kebahagiaan berpanjangan hingga ke syurga. Moga Allah menghimpunkan segala kebaikan ke dalam rumah tangga. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin.
Berikut gambar semasa akad nikah dan kenduri Aizat & Ana (paparan slideshow di bawah disertai lagu nasyid). Video pun ada (format .3gp, download dan install Realplayer versi terkini), klik di sini. Maaf sangat-sangat, saiz screen memang kecil dan kurang memuaskan.






November 24th, 2008 at 3:32 pm
Faheem, akak ambik gambar sekeping dari blog ni, letak lam blog akak. Halal eh. Gambar kawin ajat..heeeeeee
mekasih faheem..
November 24th, 2008 at 3:36 pm
No problem kak fida … any time jer boleh