Belum lagi raya. Tapi ada ustaz memberi cadangan yang bagus bagi mereka yang ingin mengejar pahala yang berlipat ganda dalam memberi duit raya. Kata Ustaz, daripada kita memberinya pada pagi Syawal, baik kita memberinya pada hari-hari terakhir di bulan Ramadhan. Mungkin pada hari ke-25, 26, atau 27. Kita semua maklum di bulan yang mulia ini, semua kebaikan digandakan pahalanya.

Selamat beramal!

Rindu Aneesah

Keluarga June 8th, 2014

Letih. Hanya jari jemari yang mampu berbicara pada malam ini. Setelah sehari suntuk menemani Aneesah di hospital, tak ada apa yang nak dibuat. Hanya mahu tidur.

Tapi, hari ini, ada adegan yang tidak pernah berlaku. Mungkin sahaja tak pernah perasan selama ini. Sakeenah mula membicara isi hatinya. Teresak-esak. Mahukan Aneesah di sisi. Pernah diluahkan beberapa kali dahulu. Tapi tidak tahu pula sebab-sebab dia tidah mahu ke ‘school’, malu, takut dan sebagainya, hanya kerana Aneesah – persis seorang kakak yang penyayang, persis seorang kembar yang terpisah daripada temannya.

Harus, apa yang Abi dan Ummi boleh buat, sayang?

Aneesah di PPUKM

Aneesah menerima rawatan kimoterapi di PPUKM.

Insya-Allah, kita doa ya. Doa Aneesah cepat sembuh.

Untuk puteri-puteri kesayangan kami, Sakeenah & Aneesah. Ummi, Abi, dan Sumayyah sayangkan kamu. Biar apa jua ujian, ingatlah Allah, ingatlah Allah, ingatlah Allah…

Ummu Sakeenah – Moga Jiwamu Setenang Sakinah:
http://old-blog.humaimee.com/archives/1043

Ummu Sakeenah – Moga Jiwamu Setenang Sakinah (Bhg. 2):
http://old-blog.humaimee.com/archives/1049

Ummu Sakeenah – Moga Jiwamu Setenang Sakinah (Bhg. 3):
http://old-blog.humaimee.com/archives/1065

Aneesah:
http://www.humaimee.com/2014/03/31/aneesah/

 

Mungkin bagi peminat drama bersiri genre Islam terlintas di hati, adakah ‘Aku Ada Wali’ di sini merujuk kepada rancangan yang disiarkan di TV Al-Hijrah? Jawapannya ya. Kalau begitu, mengapa pula dengan ‘Ter-‘ di sana? Memang saya tertonton malam tadi di YouTube sampai episod terakhir. Asal niat ingin melangsaikan kerja-kerja lain tapi akhirnya terperangkap apabila membuka episod pertama, kemudian kedua, kemudian ketiga hinggalah yang terakhir.

Tidaklah melayan sampai habis satu episod. Sekali-sekala saya fast-forward untuk mendengar hujah-hujah Islami dalam plot drama tersebut. Menarik. Ternyata novelis Islami tanah air, Fatimah Syarha, telah cuba merungkai masalah kontemporari masyarakat dengan penyampaian mesej yang mudah untuk difahami.

Antara yang menarik perhatian saya adalah isu bersalam dan mengambil gambar dengan orang yang bukan mahram. Kalian boleh menonton plot yang berkaitan pada episod ke-10 (dimuat naik oleh eebnuu Seena) dari masa 0:24 hingga 1:22:

Isu lain yang mencuit diri saya adalah berkenaan mahar murah vs mahar mudah. Barang kali kerana terkena pada batang hidung sendiri (episod ke-11, masa: 8:36 hingga 9:54):

Nampaknya setakat ini sahaja catatan saya. Aneesah demam semula. Terpaksa bawa dia ke hospital sekarang.

Apa pun kalian yang berkesempatan bolehlah menonton drama ‘Aku Ada Wali’ dan menilai sendiri kehebatan pembikinannya.

Aneesah

Family March 31st, 2014

It has been a while.

Life has been swell, alhamdulillah. However, it has also took a bitter turn. Those of you who are reading this, you may know or you may not. Aneesah’s illness was diagnosed as leukemia type ALL (Acute Lymphoblastic Leukemia) early this year.

Who would have known? I never suspected. No one did. Although we did observe that she tend to have high temperatures at night, we thought it was nothing because every morning, she was fine. We even asked a doctor in the pediatric, and she too, said that it was common to see in children; if it became worse, we were to consult her again. It was only because of the swelling at the upper part of Aneesah’s stomach that I became really concerned. It was big, and I thought it was because she was eating too much. She did not complain of any pain at the area. However, she always mentioned about being tired and the pain in her legs – and that too, I thought, was normal. That she just wanted attention.

That night, on the 11th January, 2014, we had a family gathering. Two of our family members were lecturers in the field of medicine and we asked them to check on Aneesah. They checked and what they found was that her spleen and liver was swollen. At the time, they suspected that it was either thalassemia or leukemia. When we were home, I could not help notice the change in my wife’s face. We were both worried and equally concerned about Aneesah. After ‘Isya’ prayer, we were in an embrace, consoling each other. I remember saying to my wife that Aneesah was going to be fine. We will keep on praying for her.

We took Aneesah to Hospital An-Nur, Bandar Baru Bangi the very next day but since it was a Sunday, the pediatric was closed. So, we brought her to the normal outpatient clinic. The doctor pointed out that Aneesah seemed pale, hence, anemic. Apparently then, I realized that she was beginning to show other symptoms. Her skin was showing red spots which (according to my google search) suggested that she was bleeding. Since it was beyond the hospital’s capacity to handle her case, the doctor wrote a referral letter. We then went to KPJ Kajang. However, they too could not take her in. The best place, according to the doctor, was either HKL or PPUKM. We wasted no time and went right away to PPUKM.

By now, Aneesah’s symptoms have become even more aggressive. She looks even more pale. Her red spots were now showing on other parts of her body and her leg pain was coming back. This time, the pain wasn’t stopping. I could see that she was in agony and she could no longer stand up properly. By then, alhamdulillah, she was already admitted in the pediatric ward. The doctor gave her pain killers. At a later time, Aneesah was confirmed to have leukemia.

Today, Aneesah is undergoing treatment for her disease. She’s following a particular regime for leukemia patients. We were informed that the process will take two years. Based on past evidence, she is likely to have a good prognosis. Given the effects of the chemo, we’re not allowed to bring her to crowded places, expose her to anyone who is ill, and ensure that she’s brought to hospital the moment her temperature rise. Until now, she has been warded twice already due to fever. Since chemotherapy kills living cells, the white cells, red cells, and platelets are also killed. Hence, her body becomes close to zero protection – which explains why she needs to be protected from any factors that can affect her health. Even a running nose/cold can be fatal.

Allah says in the Qur’an that with each difficulty, there is ease.

Please pray for her health.

May Allah reward your prayers.

Sebenarnya kisah ini sudah lama tersimpan. Cuma hari ini sahaja berkesempatan untuk luangkan masa. Kisah ini saya catat dan simpan setelah mendengar kuliah daripada seorang Ustaz pada dua Ramadhan yang lalu.

Al-kisah. Seorang Nabi mendapat wahyu menerusi mimpinya. Dalam mimpi tersebut, diwahyukan kepadanya lima perkara:

  • Perkara pertama yang dilihatnya, hendaklah baginda memakannya;
  • Perkara kedua yang dilihatnya, hendaklah baginda sorokkannya;
  • Perkara ketiga yang dilihatnya, hendaklah baginda menerimanya;
  • Perkara keempat yang dilihatnya, hendaklah baginda tidak putuskan harapannya;
  • Perkara kelima yang dilihatnya, hendaklah baginda larikan diri daripadanya.

Setelah bangun daripada tidur, Nabi ini menuju ke satu tempat dan perkara pertama yang dilihatnya adalah sebuah gunung hitam yang tinggi dan lagi besar. Ini adalah perkara pertama yang dilihat. Lantas Nabi ini teringat wahyu yang disampaikan kepadanya – hendaklah baginda memakannya. Kita mungkin hairan, bagaimana mungkin sebuah gunung dapat dimakan oleh baginda sedangkan sebuah gunung itu amat besar. Nabi ini menghampiri gunung tersebut lalu didapati semakin baginda menghampirinya, semakin kecil gunung tersebut sehinggalah saiznya sesuai untuk dimakan. Lalu baginda pun mengambil gunung yang sudah kecil itu lalu disuap ke dalam mulut baginda – rasanya begitu enak dan manis seperti madu!

Baginda pun terus berjalan lalu terjumpa emas. Lalu teringat baginda akan wahyu bahawa perkara kedua yang dilihatnya, hendaklah baginda sembunyikannya. Lantas baginda pun menggali sebuah lubang lalu ditanamnya emas tersebut. Tatkala baginda ingin beredar dari tempat tersebut, emas itu terkeluar dari tempat persembunyian. Baginda pun cuba menanamnya semula. Baginda terpaksa menanam emas tersebut berulang-ulang hinggalah baginda berkata, “Ya Allah, aku telah laksanakan perintah-Mu.” Maka beredarlah baginda dari tempat tersebut tanpa menyedari bahawa emas tersebut telah keluar semula dari tempat persembunyiannya.

Dalam perjalanan seterusnya, baginda terlihat pula seekor burung helang yang sedang mengejar seekor burung kecil. Burung kecil tersebut merayu kepada baginda agar menolongnya. Baginda pun mengambil burung tersebut lalu dimasukkan ke dalam baju baginda. Melihat keadaan tersebut, burung helang itu pula datang kepada baginda lalu merayu agar tidak memutuskan harapannya untuk mendapat rezeki yang dicari-carinya sejak pagi lagi. Lantas baginda teringat akan pesanan wahyu yang keempat – hendaklah baginda tidak memutuskan harapannya. Bagaimana baginda hendak berbuat demikian sedangkan pesanan ketiga memerlukan baginda untuk menerimanya (burung kecil itu)?

Akhirnya baginda memutuskan untuk memberi sedikit daging pehanya sendiri. Baginda mengeluarkan pedang lalu dipotong sedikit daging pehanya lalu diberi kepada burung helang tersebut. Setelah mendapat daging tersebut, burung helang pun beredar dan burung kecil itu pun pergi.

Selang beberapa langkah kemudian, baginda terserempak pula dengan satu bangkai yang begitu busuk baunya. Maka, selari dengan perintah wahyu yang kelima, baginda pun bergegas lari dari tempat tersebut.

Setelah berdepan dengan kelima-lima peristiwa di atas, baginda pulang ke rumah lalu memohon kepada Allah agar diberi kefahaman tentang maksud yang tersirat di sebalik peristiwa-peristiwa tersebut.

Diulas tentang kelima-llima perkara tersebut:

  • Yang pertama merujuk kepada sifat marah. Mula-mula boleh jadi besar perasaan marah itu. Tetapi perasaan itu akan mengecil menjadi perkara yang tiada hal sangat bahkan mungkin lagi manis;
  • Yang kedua menggambarkan tentang keikhlasan kamu. Walau macam mana sekalipun kamu cuba sorokkan amalan soleh kamu, Allah akan zahirkan jua akhirnya;
  • Yang ketiga adalah satu tuntutan bahawa apabila menerima amanat seseorang, maka janganlah kita khianat kepadanya;
  • Yang keempat merujuk kepada orang yang meminta-minta, maka jangan sekali kamu putuskan harapannya;
  • Yang kelima merujuk kepada amalan ghibah (menceritakan hal seseorang yang lain), maka hendaklah kamu lari dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.

Versi lain: http://khairitajudin.blogspot.com/2012/02/kisah-nabi-menunaikan-mimpi-lima.html

One of the amazing books which I read during childhood was a pop-up type. When you open it up, the contents would appear popped-up from the page. In the current context, I would say that it is a classic holographic book – only to be made of paper!

Speaking of pop-up books, there is one campaign being carried out by Shade 7 Ltd. It aims to publish a series of pop-up books based on the stories revealed in Al-Qur’an. I would say such effort deserves a pat on their backs and I really look forward to such books in becoming a reality. Currently, they are looking for funds from the public in order to realise their goal. Have a look here to see how much they have already collected – perhaps you too would like to contribute!

‘Rotan’ Anak-anak

Family December 19th, 2013

Sedang diri ini berbaring di atas sofa, saya melihat kerenah anak-anak yang sedang leka bermain. Nikmat apabila dapat mendengar hilai ketawa mereka. Walaupun kesan mereka bermain boleh mengharu-birukan keadaan rumah, namun hati tetap bersyukur kerana mereka dapat bergembira. Dapat juga pahala. Alhamdulillah.

Namun suatu ketika, berkata Sakeenah kepada adiknya, “Aneesah, bak ‘rotan’ white tu…”

Tersentap dibuatnya. Tak pernah kami beli rotan. Bahkan kami tak pernah kenalkan perkataan ‘rotan’. Tapi, ini ‘rotan’ – mana mari? Warna white pula tu?

Saya sengaja biarkan. Nak tahu juga ‘rotan’ white.

Akhirnya Aneesah keluarkan ‘rotan’.

“Laa, pembaris!”

Bertuah betul.

Mengantuk

Tiba-tiba December 13th, 2013

Hujung semester kian hampir. Tak lama lagi, peperiksaan akhir tahun bakal menemui kami. Saya antara mereka yang tidak terkecuali dalam melangsaikan kerja-kerja projek di saat akhir. Sedang berperang dengan nafsu tidur. Sedang bersekang mata kata mereka.

Ish, tapi kalau tak tidur nanti, macam mana nak perform esok? Bisik hati.

Bukan setakat tak perform, bahaya pun ada.

Pernah satu ketika, saya memandu di Putrajaya. Hari masih siang tapi mata mengantuk. Asyik menguap. Mulut asyik buka, tutup, buka, tutup – macam ikan dalam akuarium. Akhirnya terlelap jua untuk beberapa saat. Apabila terjaga, terkejut bagai direnjat eletrik sebab kereta dah menghala ke pembahagi jalan di sebelah kanan. Sempat kereta tu naik ke atas pembahagi jalan dan sempat juga saya membalas balik stereng kereta ke kiri.

Alhamdulillah, syukur Allah selamatkan. Peringatan buat kita semua – sekali terlelap boleh membawa maut. Jadi, sayangilah diri anda. Tinggalkan assignment anda sekarang juga :D

Recently, there were few occasions where I had trouble identifying colours, again.

It was a normal evening and while I was doing a routine checkup on one of our personal desktops, my younger brother-in-law prompted me: “Why is the screen pink?”

Pink? I thought. It looked completely OK to me. Seeing his smile, of course, I gave in because, well … he knows me too much! <laugh>

I’m a color vision deficient or what most people would misinterpret as ‘colour blind’. It’s not that I don’t see colours. Based on my own reading and experiences, I believe I am in the red-green colour vision deficient category. The red-green colour vision deficient is a common type which occurs mostly among males and is caused, according to scientific studies, by mutation of the genes.

Again, I must seek to explain further, that just because I am red-green colour deficient, it doesn’t mean that I don’t see them at all. I still can see some greens and some reds. Due to the the inability to appreciate some colours, I don’t have the full spectrum of the whole colour. Therefore, some colours which are a combination of either greens or reds tend to be seen differently as well.

Seriously. It’s tough explaining. In ‘my world’, whatever colour you see may not be the same as how I see it. By chance, it could be the same. Otherwise, it’s totally different.

Most of the time, I tend to ignore or choose to remain oblivious of colours.

It’s as simple (or difficult, if you say so) as this: suppose there are two ‘green’ objects, and suppose these two ‘green’ objects are actually two different colours to a normal person. Now along comes someone (normal) and tells me “hey, this is green, and this is red”. If you were in my shoes, how would you know or decide that the colour you see is green or red when they actually look the same?

blank