Loading the player …

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan… Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan… Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal ku hindari

Tuhan… Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak ku tepati
Tuhan… Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit ku bersyukur

Kini ku kembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Moga ‘kan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerana ku yakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya…

Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal

Youtube:

Ya Badrotim

My Tunes March 4th, 2012

Nyanyian yang dibawa oleh anak-anak 11 ribath (menurut pelbagai sumber di Internet).

Ya Badrotim

Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna

Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata

Engkau menyinar di Alam Tinggi … di Alam Tinggi
Engkau menyinar di Alam Tinggi … di Alam Tinggi
Terangi kegelapan dan kebatilan

Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna

Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata

Dengan mu alam bergemerlapan … bergemerlapan
Dengan mu alam bergemerlapan … bergemerlapan
Zahir batin dengan nur nikmat dan kurniaan

Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna

Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata

Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya …
Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya …
Siang dan malam jua … siang dan malam jua

Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna

Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata

Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu …
Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu …
Mereka yang istimewa dan amat sempurna …

Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna

Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata

يا بدر تم حاز كل كمال
ماذا يعبر عن علاك مقالى

Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna

Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata

Melodi Perpisahan

My Tunes February 26th, 2012

Setelah sekian lama menduduki tempat paling bawah dalam carta blog paling aktif oleh sahabat-sahabat blog, pengarang kembali menggegar alam maya dengan dendangan Melodi Perpisahan oleh Lambaian Kasih. Sebenarnya, pertama kali pengarang mendengar nasyid ini ketika masih mengaji di Taman Ilmu dan Budi. Intipati dalamnya sungguh bermakna dan berkesan bagi jiwa yang inginkan pertemuan yang kekal bahagia lagi abadi. Subhaanallah.

Loading the player …

Lirik:

Bertahun kita bersama
Satu cita-cita
Menuntut ilmu bekalan jiwa
Segala onak dan duri sama ditempuhi
Menuju redha Ilahi

Setiap pertemuan ada perpisahan
Demikianlah lumrahnya alam
Tiada yg dapat lari ketentuan Ilahi
Segala tertulis sejak azali

Sekarang masa berpisah kenangan pahit indah
Tentu terpahat disanubari
Maafkan silap dan salah
Kita insan yg lemah
Yang kuasa hanya Rabbul Izzati

Doakan kebahagiaan
Ditetapkan iman
Buat menempuh semua cabaran
Mudah-mudahan semua ditentukan syurga
Bahagia mendapat restu yang Esa

Munsyid: Lambaian Kasih
Album: Dunia Oh Dunia

blank