Titian Hidup Kami
Abi January 16th, 2010
The Flash Player and a browser with Javascript support are needed..
*To view better, right click on this gallery and select Go Fullscreen. To return back, press the esc key.
Making Faces with Pok Cik Im
Family, Food for Thought, Life December 24th, 2008
Gelagat Nenek dan Cucu Siber
Life, Malay Blog, Memories July 13th, 2008
Seronok lihat opah ‘bertemu’ secara online dengan cucu-cucunya di Melbourne. Tapi kali ini, beliau tak letak microphone di telinga macam dulu lagi … haha.
Tok dan opah selalu juga bermalam di rumah kami. Apabila mereka ada, saya akan pasang komputer untuk membuat video conferencing. Lazimnya, inilah saat yang dinanti-nantikan oleh opah. Melihat cucu melalui perkhidmatan video conference di Yahoo! Messenger tampak lebih memuaskan baginya meskipun kualiti video kadang kala tersekat-sekat.
Begitulah opah. Naluri keibuannya bukan setakat untuk anak-anaknya, malah hingga ke cucu-cucunya (dan suatu hari nanti hingga ke cicit-cicitnya, insya-Allah .. hehe). Malam semalam sempat kami berbual dengan Pak Uda dan keluarganya. Kali ini agak lain kerana dalam perbualan-perbualan online sebelum ini, kami tidak dapat melihat mereka. Setelah Pak Uda mendapatkan satu kamera webcam, barulah kami dapat menatap mereka sekeluarga.
Ternyata sepupu saya semuanya sudah besar. Sesekali saya cuba mendengar suara mereka berbual di belakang.
“Oh my God!!”
Entah siapalah yang cakap itu. Kak Long ke Kak Ngah – yang pasti memang salah seorang daripada mereka. Bahasa Inggeris pun siap ada slang Australia lagi. Harapnya mereka tak lupakan bahasa ibunda. Apabila tok bertanya sama ada mereka akan pulang untuk majlis perkahwinan saya, Imran menjawab:
“Emm … tak tahu lagi … mungkin stay here.”
Bahasa pun dah jadi separa Melayu .. haha. Entah faham ke tidak tok dan opahnya.
Turut hadir dalam conference malam itu ialah orang gaji yang pernah jaga anak-anak Pak Uda suatu ketika dahulu. Kami panggilnya bibik Siti Rahmah. Kata bibik, dia geram melihat Irfan – sudah besar dan gemuk.
Untuk pengetahuan semua, selalunya kami akan guna Google Talk dan Yahoo! Messenger serentak dalam video conference kami. Google Talk digunakan untuk suara sementara Yahoo! Messenger pula untuk video. Kualiti suara dalam Google Talk memang bagus setakat yang pernah kami cuba. Kenapa kami tak guna sahaja Yahoo! Messenger untuk suara dan video? Kami pernah cuba. Tapi suara dalam Yahoo! Messenger tak berapa bagus. Itu pengalaman kami apabila buat video conference ke Australia. Tak pernah cuba lagi kalau di Malaysia.












