Di Mana Brek???

Abi December 18th, 2009

Mountain Terrain Bike di Melaka

Enjin go-kart sudah dihidupkan. Dengan penuh yakin, saya terus memacu go-kart yang dinaiki ke hadapan. Rasanya kurang selesa kerana getaran enjin di belakang menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan badan rasa seakan-akan gatal seperti dicucuk-cucuk. Sambil berusaha untuk menyesuaikan diri, selekoh di hadapan semakin lama semakin dekat …

“Eh, mana brek???”

Terkial-kial cari brek. Walhal sudah bertahun-tahun pandu kereta – entah macam mana, tiba-tiba lupa pula cara nak pandu. Di bahagian kiri dan kanan jelas ada dua foot pedal. Pasti salah satunya adalah brek. Tapi tika itu saya tak terfikir pula. Andaian saya, kalau dilepaskan foot pedal, pasti go-kart akan berhenti; tekan pedal kalau mahu jalan – macam trolley KLIA tu! Namun andaian itu salah sama sekali. Selekoh semakin hampir dan kereta go-kart semakin laju pantasnya. Saya terus menekan pedal kiri. Alhamdulillah. Nasib baik memang brek :P

Seronok juga bergo-kart ni :)  Rancangan untuk bercuti di Melaka Water City Resort akhirnya dibatalkan setelah kami hampa dengan berita penutupannya. Itulah yang membawa ke tempat go-kart ni. Selesai go-kart, saya mencuba pula mountain terrain bike. Wah, seronok!



One Comment

  1. #
    nurmaiza
    December 18th, 2009 at 7:04 pm

    kelakar entry kali nie faheem.saya tergelak sorang2..

    Humaimee:

    Terima kasih…

    Reply to this comment

Leave a Comment

blank